Tuesday, April 12, 2005

Bismillah hirRahman nirRahim

Jawatankuasa Pembinaan Surau Ibnu Sina
Surau Ibnu Sina, Seksyen 15
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan.

Yang Berhormat / Tan Sri / Dato'/Tuan/Puan/Sdr/Sdri,
Para Dermawan Yang Dihormati.
Rayuan Derma Pembinaan Surau Ibnu Sina
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa AJK Surau Ibnu Sina telah bersetuju untuk membina sebuah surau tetap dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM 270,000.00.

Sehubungan itu kami merayu dan memohon sudilah kiranya YB/Tan Sri/Dato/Tuan/Puan/Sdr/Sdri yang bermurah hati memberi sumbangan jariah ikhlas demi menjayakan hasrat murni tersebut.
Semua sumbangan bolehlah dikirimkan melalui Wang Tunai/ *Cek atau masukkan terus kedalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor : 12-029-01-003815-1 (Cawangan Bandar Baru Bangi) (*berpalang) atas nama: Surau Ibnu Sina .
Di bawah ini kami turut lampirkan beberapa dokumen sebagai rujukan :-
  1. Surat Kebenaran Memunggut Derma Dari JAIS (BPM/01/43/38)
  2. Surat Kebenaran Membina Surau Dari JAIS (BPM/01/034)
  3. Surat Pengesahan Arah Kiblat Dari JAIS (BPM/02/024/11)
Pihak kami merakamkan penghargaan dan terima kasih diatas sumbangan ikhlas YB/Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan/Sdr/Sdri semoga segala usaha murni ini diberkati Allah jua dan mendapat ganjaran kebajikan yang berkekalan di Akhirat. Sekian, Terima Kasih.
'Berkhidmat Untuk Agama, Bangsa dan Negara'
Salam hormat dari kami,
1. Tuan Hj Roslan Bin Ahmad
Pengerusi Surau Ibnu Sina
HP : 019 – 2212921
Roslanb@uniten.edu.my
2. Tuan Hj Azam Bin Ahmad
Setiausaha Surau Ibnu Sina
HP: 012-2537532
hajiazam_ahmad@yahoo.com
3. Hasmadi Bin Desa
Bendahari Surau Ibnu Sina
HP: 019-2254576
hasmadi@mmcsb.com.my

Surat Kebenaran Memunggut Derma Dari JAIS (BPM/01/43/38)



Surat Pengesahan Arah Kiblat Dari JAIS (BPM/02/024/11)

Surat Kebenaran Membina Surau Dari JAIS (BPM/01/034)

Senarai AJK Surau Ibnu Sina 2005

Penasihat
1. Tuan Hj Ali Bin Hj Ahmad ( Imam )
2. Ustaz Abd Rahman Bin Abd Ghani ( Imam )
3. Saudara Mohd Basir Bin Abd Kadir

Pengerusi
Tuan Hj Roslan Bin Ahmad ( Bilal )

Setiausaha
Tuan Hj Azam Bin Ahmad

Bendahari
Saudara Hasmadi Bin Desa

Ahli Jawatankuasa Kecil
1. Tuan Hj Tabarani Bin Selamat ( Imam)
2. Dr Hamdan Bin Patong ( Imam)
3. Saudara Mohd Zin Bin Yaacob ( Imam)
4. Saudara Mohd Isa Bin Hj Sudir ( Imam )
5. Saudara Fakhrul Anwar Bin Kambali ( Bilal)
6. Saudara Mohd Johar Bin Mohd Som (Bilal)
7. Saudara Mustafa Bin Mat Ali ( Bilal)
8. Saudara Mohamad Bin Muda ( Bilal)
9. Saudara Azizan Bin Mohd Nor ( Siak)
10. Saudara Ariffin Bin Ahmad (Siak)
11. Saudara Azman Bin Hashim
12. Dr Abdul Shukur Bin Juraimi
13. Saudara Zainal Ali Bin Suhaimi
14. Saudara Saiful Bahri Bin Ahmad Mokhtar
15. Saudara Zaimi Bin Atan
16. Tuan Hj Abdul Aziz Bin Ahmad
17. Saudara Azhar Bin Abu Zarin
18. Tuan Hj Abdul Hamid Bin Ishak
19. Saudara Nordin Bin Md Roslan

Pemeriksa Kira-Kira
1. Saudara Zahid Bin Ahmad Zawawi
2. Saudara Baharuddin Bin Dollah

Aktiviti-Aktiviti Surau Ibnu Sina

Mingguan

  1. Membaca Surah Yassin setiap hari Khamis malam Jumaat.
  2. Kelas Bimbingan Membaca Al Quraan setiap hari Ahad malam Isnin bimbingan Ustaz Abd Rahman Bin Abd Ghani.
  3. Kuliah Hadis 40 oleh Ustaz Abd Rahman Bin Abd Ghani setiap hari Selasa malam Rabu. Setiap 2 minggu sekali.

Bulanan

  1. Ceramah Agama oleh ustaz jemputan
  2. Ceramah Agama khas untuk muslimat oleh ustaz jemputan
  3. Majlis membaca surah Yassin untuk muslimat.

Tahunan

  1. Ibadah Qurban
  2. Tadarus Al Quraan
  3. Tarawih
  4. Sambutan Maulidul Rasul
  5. Sambutan Awal Muharam/ Maal Hijrah

Sila rujuk papan kenyataan Surau dari masa ke semasa.

Surau Ibnu Sina Kini

Surau Ibnu Sina Kini

Renungan

Rasulullah SAW bersabda,

”Bila anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga perkara : "
[1] Shadaqah jariah
[2] Ilmu yang bermanfaat dan
[3] Anak shalih yang mendoakannya.

(HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa’I dan Ahmad )

Sabdanya lagi,

"Barangsiapa membangunkan sesebuah masjid dengan tujuan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah S.W.T., maka Allah S.W.T. akan mendirikan baginya satu binaan yang seumpamanya di dalam syurga."

( Riwayat Al-Bukhari )

Firman Allah:

"Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesetiap yang di kehendakinya, dan Allah amat luas kurniaannya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya. "

(Surah Al-Bakarah : 261)

Berkat rezeki kerana sedekah