Bismillah hirRahman nirRahim
Jawatankuasa Pembinaan Surau Ibnu Sina
Surau Ibnu Sina, Seksyen 15
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan.
Yang Berhormat / Tan Sri / Dato'/Tuan/Puan/Sdr/Sdri,
Para Dermawan Yang Dihormati.
Surau Ibnu Sina, Seksyen 15
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan.
Yang Berhormat / Tan Sri / Dato'/Tuan/Puan/Sdr/Sdri,
Para Dermawan Yang Dihormati.
Rayuan Derma Pembinaan Surau Ibnu Sina
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa AJK Surau Ibnu Sina telah bersetuju untuk membina sebuah surau tetap dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM 270,000.00.
Sehubungan itu kami merayu dan memohon sudilah kiranya YB/Tan Sri/Dato/Tuan/Puan/Sdr/Sdri yang bermurah hati memberi sumbangan jariah ikhlas demi menjayakan hasrat murni tersebut.
Sehubungan itu kami merayu dan memohon sudilah kiranya YB/Tan Sri/Dato/Tuan/Puan/Sdr/Sdri yang bermurah hati memberi sumbangan jariah ikhlas demi menjayakan hasrat murni tersebut.
Semua sumbangan bolehlah dikirimkan melalui Wang Tunai/ *Cek atau masukkan terus kedalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor : 12-029-01-003815-1 (Cawangan Bandar Baru Bangi) (*berpalang) atas nama: Surau Ibnu Sina .
Di bawah ini kami turut lampirkan beberapa dokumen sebagai rujukan :-
- Surat Kebenaran Memunggut Derma Dari JAIS (BPM/01/43/38)
- Surat Kebenaran Membina Surau Dari JAIS (BPM/01/034)
- Surat Pengesahan Arah Kiblat Dari JAIS (BPM/02/024/11)
Pihak kami merakamkan penghargaan dan terima kasih diatas sumbangan ikhlas YB/Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan/Sdr/Sdri semoga segala usaha murni ini diberkati Allah jua dan mendapat ganjaran kebajikan yang berkekalan di Akhirat. Sekian, Terima Kasih.
'Berkhidmat Untuk Agama, Bangsa dan Negara'
Salam hormat dari kami,