Tuesday, April 12, 2005

Renungan

Rasulullah SAW bersabda,

”Bila anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga perkara : "
[1] Shadaqah jariah
[2] Ilmu yang bermanfaat dan
[3] Anak shalih yang mendoakannya.

(HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa’I dan Ahmad )

Sabdanya lagi,

"Barangsiapa membangunkan sesebuah masjid dengan tujuan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah S.W.T., maka Allah S.W.T. akan mendirikan baginya satu binaan yang seumpamanya di dalam syurga."

( Riwayat Al-Bukhari )

Firman Allah:

"Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesetiap yang di kehendakinya, dan Allah amat luas kurniaannya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya. "

(Surah Al-Bakarah : 261)

Berkat rezeki kerana sedekah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home